Header Ads

PBB keluarkan nama Malaysia dari senarai Statut Rom lepas prosedur dilengkapkan

foto sumber internet

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengeluarkan nama Malaysia daripada senarai Negara-negara Pihak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas badan itu melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom ICC.

Loading...

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan sudah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan Malaysia ke Statut Rom kepada Setiausaha Agung PBB, selaku depositori bagi triti berkenaan pada 29 April lalu.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sudah mengumumkan keputusan kabinet supaya Malaysia menarik diri penyertaannya ke Statut Rom ICC pada 5 April lalu.


Isu ini juga disentuh semasa sesi penggulungan Dewan Rakyat pada 30 April lalu, yang mana persoalan mengenai perkara ini sudah dijawab Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahaya,” kata kenyataan itu. - BERNAMA

Loading...