Header Ads

‘Najib tandatangan perjanjian pinjaman tambahan RM2 bilion KWAP’ - Saksi

Bekas Penolong Naib Presiden KWAP (Bahagian Pendapatan Tetap), Amirul Imran Ahmat - Foto oleh malay Mail

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) menerima resolusi daripada Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International) untuk mendapatkan pinjaman tambahan RM2 bilion pada 14 Mac 2012.

Perkara itu dinyatakan bekas Penolong Naib Presiden KWAP (Bahagian Pendapatan Tetap), Amirul Imran Ahmat, dalam keterangannya pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini seperti dilapor Berita Harian.

Loading...

Saksi ke-29 pendakwaan itu berkata, Najib menandatangani surat perjanjian pinjaman tambahan RM2 bilion oleh SRC International daripada KWAP itu.

Memetik portal Malaysiakini, menurut Amirul lagi, KWAP menerima resolusi daripada Lembaga Pengarah SRC International untuk mendapatkan pinjaman tambahan RM2 bilion pada 14 Mac 2012.

Amirul berkata pada 22 Mac 2012, beliau menerima e-mel dari Nik Faisal kepada Azian Nor bahawa Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan telah membuat keputusan mengenai pembiayaan tambahan RM2 bilion.

Saksi itu berkata, dia diarahkan oleh ketuanya ketika itu, Nor Hisyam untuk menyediakan 'surat pekeliling' atas pinjaman berkenaan.



"Ia adalah satu jumlah sekali gus, berdasarkan perbincangan dengan PM," kata Amirul.

Amirul berkata Najib adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dalam kaitan kertas pelaburan panel yang disediakannya, berhubung pembiayaan tambahan berkenaan.

Khamis lalu, bekas Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Kamariah Noruddin, dalam keterangan beliau di Mahkamah Tinggi, mengesahkan SRC International menerima geran RM20 juta daripada kerajaan sebagai modal permulaan.

Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul, pada pemeriksaan utama, Kamariah dilaporkan berkata, syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum itu memohon peruntukan RM3 bilion bagi penubuhan SRC International.

Saksi ke-28 pendakwaan itu berkata, tujuan penubuhan itu bagi mengekalkan pegangan strategik dalam pengeluaran negara, antaranya arang batu, uranium, besi, aluminium, minyak dan gas.

Loading...