Header Ads

Kelantan arah kedai makan tutup sementara, galak umat Islam solat Terawih


Pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh Kelantan diarahkan menghentikan sementara perniagaan, bermula jam 8.30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Ia bagi menggalakkan umat Islam menunaikan sembahyang terawih berjemaah di masjid atau surau, yang lazimnya diadakan sepanjang waktu itu.


Loading...
Arahan tersebut dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri melalui satu notis 6 Mei 2019 (hari ini) dan berkuat kuasa serta-merta.

Notis yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Adnan Hussin itu juga mengarahkan agar semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan arahan kepada pengusaha kedai makan dan restoran di kawasan masing-masing.

"Dimaklumkan semua penguasaha kedai makan dan restoran diarah menutup atau menghentikan sementara operasi dari jam 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan.

"Arahan ini adalah bagi menghormati bulan Ramadan dan menggalakkan umat Islam menunaikan sembahyang sunat terawih secara berjemaah di masjid atau surau," kata notis tersebut.

Loading...