Header Ads

Kanak-kanak maut terbelit langsir ketika bermain

Foto oleh Kosmo Online

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai akibat terbelit kain pengikat langsir di leher ketika bermain dengan adik-adiknya di rumahnya di Taman Belimbing di Jitra, Kedah semalam.


Loading...

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.00 petang itu, mangsa Muhammad Nur-Eman Al-Rahdie Noreffendi sedang bermain dengan kain pengikat langsir yang disangkut pada hujung besi buaian spring bayi bersama dua adiknya yang berusia tujuh dan 10 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, DSP Chien Chunng Tsaur berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berumur 34 tahun yang memberitahu bahawa leher anak sulungnya terbelit ketika bermain kain pengikat langsir itu sambil berbuai.

“Adik mangsa yang berumur 10 tahun telah memaklumkan kejadian itu kepada ibu dan bapanya yang sedang berehat selepas melihat mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan mulut berbuih.



"Bapa mangsa yang berusia lingkungan 30-an telah membuka ikatan dengan memotong tali menggunakan pisau sebelum memberi bantuan pernafasan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Jitra dengan bantuan jiran namun disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat yang akan dilakukan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Loading...