Jokowi diumum pemenang pilihan raya presiden Indonesia 2019

0
76

JAKARTA, 21 April ― Presiden Joko Widodo (Jokowi) diumumkan
memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia 2019, untuk kekal memimpin negara
demokrasi ketiga terbesar di dunia itu bagi tempoh 2019-2024.
Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada pukul 1.46 pagi ini (waktu
Indonesia Barat) mengumumkan keputusan Pilihan Raya Presiden 2019 (Pilpres
2019), sehari lebih awal, selepas proses pengiraan undi di 813,350 Tempat
Pembuangan Suara atau pusat pengundian, selesai 11.30 malam, Isnin.
Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden,
Ma’ruf Amin, 76, memperolehi 85,607,362 undi, manakala pencabarnya, Prabowo
Subianto, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49,
memperolehi 68,650,239 undi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Majoriti 16.95 juta yang diperolehi Jokowi itu lebih tinggi
berbanding Pilpres 2014 iaitu 6.4 juta undi.

Jokowi memenangi Pilpres 2014, ketika itu berpasangan dengan
Jusuf Kalla mengalahkan Prabowo yang berpasangan dengan Hatta Rajasa.
Ketua KPU Arief Budiman meminta pihak yang tidak berpuas
hati agar memfailkan petisyen mencabar keputusan itu di Mahkamah Konstitusi.
“Perlu difailkan dalam tempoh tiga hari selepas pengumuman
ini, jika tiada, kami akan mengumumkan kemenangan mutlak kepada calon yang
menang ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jika ada, kami perlu menunggu proses pengadilan Mahkamah
Konstitusi selesai. Majlis mengangkat sumpah Presiden Indonesia untuk tempoh
2019-2024 dijadual pada 20 Okt 2019,” katanya.
KPU sebelum ini menjangkakan proses pengiraan undi di 34
provinsi itu selesai pada Rabu ini.
Pilpres 2019 diadakan pada 17 April lepas. ― Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here