Jalan Tar dibuka semula kepada kenderaan pada hujung minggu bermula 11 Mei

0
37

foto oleh Bernama


PUTRAJAYA – Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) yang ditutup kepada semua kenderaan persendirian pada hujung minggu, akan dibuka semula kepada kenderaan pada 11 Mei ini untuk memudahkan orang ramai membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad.


Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Batu Road Retailers Association (BARRA) dan Masjid India Business Association (Miba).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Oleh kerana ia merupakan bulan puasa dan menjangkakan jualan meningkat khususnya menjelang Hari Raya, mereka mohon jalan ini dibuka untuk hari minggu untuk persiapan membeli belah untuk Raya.


“Maka selepas berbincang bersama, kita membuat keputusan Jalan TAR akan dibuka kembali pada hari Sabtu dan Ahad sehingga hujung bulan Syawal supaya pembeli boleh datang dan dapat kemudahan membeli-belah,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pada 12 Februari lepas, Khalid dilaporkan berkata penutupan jalan itu dilakukan berikutan cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu menjadikan jalan sepanjang kira-kira satu kilometer itu sebagai kawasan pejalan kaki.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Pada 12 Mac lepas, Khalid berkata rancangan menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sebagai kawasan pejalan kaki akan dilaksanakan secara percubaan pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang April lepas. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here