Header Ads

Isu memorandum Bersatu, MB Johor ambil langkah kunci mulut

foto sumber internet 

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mengambil sikap kunci mulut berhubung isi kandungan memorandum yang dihantar oleh 23 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor kepada Perdana Menteri yang juga pengerusi parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

Ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Bersatu Johor di sini, hari ini, Sahruddin, yang juga Setiausaha Bersatu Johor sekadar menyatakan hanya maklum mengenai pertemuan itu, namun, enggan mengulas lanjut isi kandungan memorandum itu.

Loading...

"Kandungan ada dalam itu," katanya sebagai merujuk memorandum berkenaan.

Rabu lalu, sebuah akhbar melaporkan bahawa Sahruddin telah maklum mengenai penyerahan satu memorandum daripada 23 ketua bahagian kepada Mahathir.


Bagaimanapun, beliau juga memilih untuk tidak bercakap lanjut mengenai isi kandungan memorandum ketika itu.

Namun begitu, ramai pihak percaya memorandum itu berhubung kait dengan isu pelantikan bekas exco kerajaan negeri, Mazlan Bujang sebagai pengerusi parti negeri serta menyatakan sokongan kepada Sahruddin untuk memegang jawatan itu. - Bernama

Loading...