Header Ads

Isu 'banduan', Anwar enggan layan

foto sumber internet

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau ada banyak tugas lain untuk dilakukan daripada menjawab isu “banduan”.

“Saya banyak lagi kerja lain daripada nak layan dia [Datuk Takiyuddin Hassan], baik tanya peguam [saya],” kata wakil rakyat Port Dickson seperti dilapor Harian Metro semalam.

Loading...

Ditanya sama ada presiden PKR akan menyaman  setiausaha agung PAS  susulan kenyataannya Rabu lalu ddi Taman Indah, Sandakan , Anwar berkata: “Tanya peguamlah.”

Takiyuddin mempertahankan kenyataan beliau yang mempersoal sama ada Anwar layak menjadi perdana menteri ekoran status tersebut.


Wakil rakyat Kota Baru itu menegaskan kenyataannya berdasarkan fakta dan beliau meminta pihak yang mendesaknya memohon maaf supaya menyemak kes mahkamah melibatkan Anwar.

-projek MM

Loading...