Header Ads

Guna dadah THC, Farid Kamil dipenjara 9 bulan


Pelakon Datuk Farid Kamil dihukum penjara sembilan bulan atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada 2018.

Majistret Mahkamah di sini Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman ke atas Farid, 38, yang memilih berdiam diri daripada tampil membela diri hari ini, lapor Berita Harian.

Loading...

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,” katanya.

Ariffin juga tidak membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dan memerintahkan pengarah filem  dipantau Agensi Antidadah Kebangsaan selama dua tahun.

Farid diperintah menjalani hukuman tersebut di Penjara Kajang bermula hari ini. - Projek MM

Loading...