Header Ads

Fuzi serah tongkat kuasa IGP kepada Abdul Hamid


Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disaksikan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Abdul Hamid dilantik secara kontrak sebagai Ketua Polis Negara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa esok.

Loading...

Pelantikan Abdul Hamid mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Selain itu, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman Ramli Hassan dilantik sebagai Pemangku Pengarah Cawangan Khas yang baharu berkuat kuasa esok.

Tongkat Kuasa jawatan berkenaan diserahkan Abdul Hamid sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim, juga di Pulapol. - Bernama

Loading...