Header Ads

Fortune namakan Dr Mahathir pemimpin hebat ke-47 dunia

Foto oleh Astro Awani

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai pemimpin hebat ke-47 dunia oleh Fortune.
Beliau disenaraikan sebaris dengan 50 pemimpin dan nama-nama besar seperti rakan sejawatnya dari New Zealand, Jacinda Ardern ditempat kedua, manakala Bill dan Melinda Gates berada di tempat pertama.
Dr Mahathir digambarkan oleh Fortune sebagai mengarang bab yang tidak dijangka dalam legasinya pada usia 93 tahun, lapor Sinar Harian.

Loading...

"Tahun lalu, beliau kembali daripada persaraan untuk bertanding di platform anti rasuah dengan menerajui parti baharu bagi memenangi (pilihan raya) mengalahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"(Pentadbiran) Dr Mahathir kini sedang menangani rasuah endemik yang melanda institusi negara. Ia juga telah membawa kepada pendakwaan Najib di mahkamah atas tuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah menjejaskan bank-bank Wall Street dan pegawai kerajaan.

"Mahathir dan partinya juga kini sedang berusaha melindungi kebebasan kehakiman, kebebasan media dan mengakui mereka mengamalkan demokrasi yang jujur," kata laporan itu.

"Mahathir kini menangani rasuah endemik yang melanda institusi negara, dan telah membawa Najib ke mahkamah atas tuduhan yang berkaitan dengan skandal 1MDB, kes malfasan yang luas yang telah menjejaskan bank-bank Wall Street dan pegawai kerajaan (Najib menafikan tuduhan itu).


"Mahathir dan partinya kini bergerak untuk melindungi kebebasan kehakiman dan kebebasan akhbar," kata laporan itu.


Loading...