Enam bulan untuk kerajaan kaji manfaat RTS, kata Dr Mahathir

0
56

Kerajaan akan menjalankan kajian selama enam bulan terhadap
projek Rangkaian Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura untuk
menentukan sama ada ia bermanfaat kepada negara, kata Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
“Kerajaan terdahulu telah memeterai perjanjian tertentu
berhubung beberapa projek di Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami berpendapat kontrak itu terlalu mahal dan
terdapat bukti berlakunya rasuah dan kami telah lama membuat keputusan iaitu
sebelum kami menjadi kerajaan lagi untuk tidak meneruskan projek-projek ini.
“Bagaimanapun, dengan tidak meneruskan projek-projek
ini atau membatalkannya akan melibatkan bayaran pampasan amat tinggi,”
katanya pada majlis di Kelab Koresponden Asing Jepun di Tokyo, Jepun hari ini.
Oleh itu, Dr Mahathir berkata kerajaan sekarang memutuskan
untuk mengurangkan kos projek berkenaan dan berunding semula dengan kontraktor,
seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dengan kerajaan berjaya mengurangkan
RM21 bilion daripada kos asal.
“Sekarang kami juga ada projek lain, yang kami mungkin
menangguhkannya, sama ada menangguhkan atau mengurangkan skop atau kosnya.
Inilah yang kami sedang lakukan, tetapi kami melakukannya menerusi
rundingan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Antara lain, beliau berkata Malaysia memerlukan dua tahun
untuk membuat keputusan berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR)
Kuala Lumpur-Singapura.
“Semua ini diselesaikan secara baik antara kerajaan
Malaysia dan kontraktor yang dilantik kerajaan terdahulu,” kata Dr Mahathir. 
– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here