Header Ads

Demi bapa, Hishammuddin sanggup dedahkan segalanya?

foto sumber internet 

Lim Kit Siang tertanya-tanya jika Hishammuddin Hussein bersedia untuk mendedahkan semua butiran berhubung dengan perjanjian pertukaran tanah atau ‘land swap’ yang melibatkan Kementerian Pertahanan, yang pernah diterajuinya dari tahun 2013 hingga 2018.

Veteran DAP itu menimbulkan persoalan ini selepas bekas menteri Umno tersebut menyatakan bahawa menteri-menteri dan perdana menteri terdahulu perlu bertanggungjawab jika didapati bersalah dalam isu pertukaran tanah berkenaan.

Loading...

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata dakwaan itu mesti dibuktikan di mahkamah dan bukannnya melalui perbicaraan oleh media.

"Persoalannya sekarang ialah sama ada sebagai warga negara yang bertanggungjawab, dan lebih penting lagi sebagai mengenang reputasi baik integriti bapanya, Hussein Onn, perdana menteri ketiga Malaysia, adakah Hishammuddin secara sukarela sedia mendedahkan semua maklumat mengenai rasuah dan penyelewengan, sama ada di bawah pengawasannya atau menteri-menteri lain, kepada SPRM?" soal Lim.


Pemimpin DAP itu turut mempersoalkan sikap membisu Hishammuddin mengenai skandal 1MDB yang membabitkan sepupunya yang juga adalah bekas perdana menteri Najib Razak.

"Kenapa Hishammuddin menyokong pemecatan Najib Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dari kabinet dan Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada bulan Julai 2015?

"Dan apabila pelbagai institusi kebangsaan, termasuk Parlimen, digunakan untuk melindungi Najib daripada digulingkan akibat pendedahan skandal 1MDB," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

-malaysiakini

Loading...