Header Ads

BNM: Ambank gagal lapor transaksi meragukan dalam akaun Najib


KUALA LUMPUR, 8 Mei — Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia (BNM) Ahmad Farhan Sharifuddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini Ambank didenda kerana gagal melaporkan aktiviti transaksi meragukan dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Loading...

Apabila disoal balas peguam Harvinderjit Singh, saksi pendakwaan keempat itu berkata kesalahan yang dilakukan oleh bank itu kerana gagal melaporkan transaksi yang mencurigakan dalam akaun bekas perdana menteri, dari pembukaan hingga penutupan akaun.


Saksi itu memberi keterangan pada hari ke-15 perbicaraan Najib, yang menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Harvinderjit: Bolehkah anda memperincikan untuk transaksi apakah itu? Adakah sebelum atau selepas 2013?

Ahmad Farhan: Saya tidak dapat nyatakan secara terperinci tetapi ia bermula daripada pembukaan hingga penutupan akaun. Semua transaksi meliputi tempoh tersebut.
Sementara itu, apabila ditanya oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adakah Najib dimaklumkan sekiranya Ambank melaporkan transaksi meragukan dalam akaunnya, saksi itu berkata di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfa) tidak membenarkan amaran mengenai transaksi yang mencurigakan. — Bernama

Loading...