Header Ads

Bicara SRC International Najib tangguh sebentar, Shafee terpaksa ke sebutan kes sendiri

Muhammad Shafee Abdullah - Foto oleh Astro Awani

Bersut hitam dengan tali leher biru, bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk di barisan depan galeri awam.

Bagaimanapun ketua pasukan pembelaannya, Muhammad Shafee Abdullah perlu menghadiri sebutan kes pengubahan wang haramnya sendiri terlebih dulu di mahkamah lain di situ.

Loading...


Usai sebutan kes di depan hakim Collin Lawrence Sequerah, Shafee akan ke perbicaraan kes SRC International Najib, lapor Malaysiakini.

Perhatian akan bertumpu kepada barisan soalan yang telah disediakan pasukan pembelaan untuk pemeriksaan balas saksi ke-35 Azlida Mazni Arshad dalam perbicaraan SRC International bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ia susulan keterangan Azlida, yang merupakan Naib Presiden (Undang-undang) Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), ketika pemeriksaan utama oleh pendakwaan Khamis lalu.

Dalam keterangannya sebelum ini, Azlida memberitahu bagaimana Najib telah menggesa KWAP untuk mempercepat kelulusan pinjaman RM2 bilion kepada SRC International.

Dia juga memberitahu hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa tertuduh membuat permintaan itu melalui pengerusi KWAP ketika itu, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Katanya, ia diikuti dengan taklimat oleh CEO KWAP ketika itu Azian Mohd Noh kepada panel pelaburan khas dalam mesyuarat pada 19 Julai 2011. Dia membuat minit mesyuarat itu.

Pada 2011, Najib merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Loading...