Header Ads

Bersara dari politik jika Anwar tak jadi PM - Kit Siang

foto sumber internet

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Lim Kit Siang sedia bersara dari politik jika Tun Dr Mahathir Mohamad enggan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab kenyataan pemangku presiden Umno, wakil rakyat Iskandar Puteri itu juga enggan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika Dr Mahathir berbuat demikian.

Loading...

Tokoh DAP itu mencabar Datuk Seri Mohamad Hassan, yang mendakwa Dr Mahathir tidak akan menyerahkan jawatan kepada presiden PKR, menyahut cabaran melakukan perkara sama sepertinya.

“Saya cukup yakin dengan (Dr) Mahathir dan saya bersedia bertaruh dengan Mohamad bahawa Mahathir akan menepati komitmen Pakatan Harapan untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar,” kata Lim hari ini.


“Jika Mahathir tidak menyerahkan jawatan itu kepada Anwar sebaliknya membubarkan Parlimen untuk pilihan raya umum ke-15, saya akan bersara dari politik dan tidak akan menyertainya.”

-projek MM

Loading...