Header Ads

Abang datang bukan mewakili saya - syed saddiq

foto sumber internet 

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menafikan kehadiran abangnya pada Grand Final sesi kelayakan e-sukan Sukan SEA peringkat kebangsaan, Sabtu lalu bukan mewakili dirinya.

Katanya, kehadiran Syed Abdullah adalah tidak dijemput tetapi penganjur  mempelawanya duduk sebaris dengan tetamu kenamaan (VIP) yang lain.

Loading...

“Dia datang tak dijemput, tetapi bila dikenali diajak ke depan. Tak perlu pun sebarang layanan istimewa," ciapnya pada laman Twitter, hari ini.

“Saya tidak akan membenarkan keluarga saya mewakili saya. Ia salah!”

Sementara itu, penganjur Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dalam satu kenyataan di Facebook menjelaskan kehadiran Syed Abdullah tidak dijemput dan kehadirannya pada program tersebut bukanlah mewakili menteri ataupun kementerian belia dan sukan.


“Kehadiran beliau adalah di atas kapasiti peribadi sebagai peminat dan penyokong kepada pembangunan industri sukan elektronik.

“Sebagai contoh, sekiranya beliau hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, pihak penganjur pasti akan memberi penghormatan kepada beliau dan ahli keluarga lain yang hadir bagi menzahirkan sokongan kepada industri sukan tersebut.

“Justeru, atas semangat menghormati menteri dan kementerian belia & sukan, kami menyantuni dan menghargai kehadiran Syed Abdullah yang amat meminati eSports,” kata ESM.

Sebelum ini, kehadiran Syed Abdullah pada majlis tersebut menimbulkan spekulasi bahawa dia menggantikan adiknya, Syed Saddiq.

-memetik laporan malaysiakini

Loading...