Ketibaan Infantino yang diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) Kohzo Tashima dan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Windsor John, disambut Mahathir di pejabatnya itu pada 4 petang tadi.
Pertemuan itu berlangsung hampir setengah jam.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Ia adalah pertemuan rasmi pertama antara Perdana Menteri Malaysia dan presiden FIFA sejak 1960-an, ketika Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj beberapa kali menerima kunjungan hormat Stanley Rous. - Bernama