Header Ads

Tun M ikhlas kembalikan status Sabah dan Sarawak

   Foto sumber internet 

KUCHING - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memang ikhlas mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama rata dengan Semenanjung berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Loading...

Bagaimanapun, beliau berkata, ada kelemahan tertentu di peringkat sekretariat dan sekiranya perkara itu telah ditangani dengan baik dan pihak sekretariat berbincang secara bersemuka dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), usaha untuk meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak akan menemui kegagalan.

"Ia boleh menjadi lebih baik, tetapi satu perkara adalah perdana menteri benar-benar serius dan ikhlas. Pada mulanya, ia nampak baik-baik saja, tetapi ia tidak dilakukan seperti yang kita harapkan,” kata beliau.


Abang Johari, yang juga pengerusi GPS berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penutupan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama di sini, hari ini.

Cadangan pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan, yang dibentangkan oleh Dr Mahathir untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada 9 April, gagal mendapat sokongan majoriti dua per tiga selepas Ahli Parlimen dari GPS dan pembangkang tidak mengundi. - Bernama

No comments


Loading...