Header Ads

Tun M harap PH menang PRK rantau

   Foto sumber internet

SERI KEMBANGAN, 13 April — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini walaupun ia dilihat sukar.

Walaupun saingan sengit, kita harap dapat menang, Margin menang atau kalah adalah kecil, katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Malam Gala Persatuan Bekas Pelajar MRSM (Ansara), 2019 di sini malam tadi.

Loading...

Turut hadir isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amirudin Hamzah dan Presiden Ansara Datuk Kamarul Redzuan Muhamed.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Dr S. Streram, calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Terdahulu, dalam ucapan beliau pada majlis itu, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia perlu mencontohi cara masyarakat Jepun yang sentiasa bekerja keras dan mengamalkan sistem nilai hidup mulia.


Katanya, rakyat Malaysia juga boleh mencapai kejayaan dengan berpegang kepada cara hidup sedemikian. — Bernama

No comments


Loading...
loading...