Header Ads

TMJ perlu hormat kritikan rakyat, tidak perlu ugut atau mencaci

   Foto sumber internet 

KUALA LUMPUR, 10 April — Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta Tunku Mahkota Johor (TMJ) menghormati kebebasan rakyat yang menjawab kritikan beliau.

“Kita menghormati hak tunku untuk mengkritik, patik berharap Tunku pun menghormati hak rakyat untuk membalas kritikan tersebut,” tulisnya menteri belia dan sukan di Twitter malam tadi.

Loading...

“Tidak perlu memperlekeh, mengugut atau mencaci.”

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata demikian ekoran kenyataan  Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilihat menjawab amaran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam, perdana menteri berkata TMJ sebagai orang biasa berhak membuat kenyataan selagi tidak bersifat hasutan dan tindakan undang-undang akan diambil jika beliau melakukan kesalahan.


“Kita akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau tidak kebal undang-undang malah tiada siapa di Malaysia yang kebal undang-undang,” kata Dr Mahathir.

Kedua-dua individu dilihat berbalas kenyataan  dalam isu melibatkan bekas menteri besar Johor Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan semalam.

No comments


Loading...
loading...