Header Ads

TMJ bebas bersuara, asalkan tidak keluarkan kenyataan menghasut - PM

   Foto sumber internet 

KUALA LUMPUR, 9 April — Tunku Ismail Sultan Ibrahim bebas menyuarakan pandangan selagi tidak melanggar undang-undang, kata perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pandangan Tunku Mahkota Johor yang popular dengan panggilan TMJ sama seperti rakyat biasa.

Loading...

“Kita anggap dia sebagai orang biasa, dia boleh buat kritikan terhadap kerajaan. Asalkan dia tidak melanggar undang-undang.

“Jika dia buat kenyataan menghasut, kita akan ambil tindakan,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Tunku Ismail mendakwa istana Johor sudah lama meminta supaya menteri besar ditukar sejak “berbulan lalu”.


Baginda berharap menteri besar baru bukan sekadar “yes man” kerajaan persekutuan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Dr Mahathir hari ini mengumumkan Datuk Osman Sapian menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri besar Johor semalam.

Katanya, jawatan Osman akan diganti oleh Adun Bersatu seperti yang sudah disepakati Pakatan Harapan.

No comments


Loading...