Header Ads

Tindakan Nurul Izzah dipuji ketua AMK, PM mahu ganti pengerusi PAC

   Foto sumber internet 

KUALA LUMPUR, 4 Apr — Nurul Izzah Anwar dipuji pemimpin PKR berikutan tindakannya membawa kepada pertukaran pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir berkata keputusan tegas anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan membolehkan “reformasi institusi terus berjalan”.

Loading...

“Walaupun ramai yang mengkritik tindakan Nurul sebelum ini ekoran peletakan jawatannya dalam PAC, saya melihat desakannya berhasil dalam memastikan reformasi terus berjalan dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH),” tulisnya.

“PH (Pakatan Harapan) tidak terdiri daripada ahli-ahli parlimen yang sekadar menjadi ‘pak turut’ seperti kerajaan sebelum ini,” kata ahli parlimen Johor Baru di Facebook hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual membentangkan usul menggantikan Datuk Seri Ronald Kiandee selaku PAC. Usul itu antara perkara sembilan dalam Aturan Mesyurat Dewan Rakyat hari ini.


Ahli parlimen Parit Sulong dari BN yang juga ketua Wanita Umno Datuk Noraini Ahmad dijangka mengambil alih jawatan berkenaan.

Perdana menteri sebelum ini berkeras mahu mengekalkan Ronald walau didesak beberapa pemimpin PH supaya menyerahkan jawatan itu kepada pembangkang bagi mematuhi janji manifesto.

Rentetan itu, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Mac lalu membuat pengumuman untuk meletak jawatan sebagai anggota PAC.

No comments


Loading...
loading...