Tidak terima arahan khusus untuk dapatkan 6 tranksaksi akaun najib – saksi

0
49

   Foto sumber internet 


Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak menerima sebarang arahan khusus untuk mendapatkan dokumen berkaitan transaksi enam akaun bank milik bekas perdana menteri Najib Razak, SRC International Sdn Bhd dan beberapa syarikat lain.


Azizul Adzani Abdul Ghafar, 41, berkata beliau memperoleh dokumen berkaitan transaksi itu daripada Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, ketika melakukan serbuan di premis tersebut pada 6 Julai 2015.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketika ditanya adakah beliau sendiri yang meminta maklumat terperinci tersebut daripada Uma Devi, saksi kedua pendakwaan itu menjawab “tidak”.


“Ketika serbuan, saya hanya meminta kesemua fail berkaitan siasatan dan diberikan lapan fail dokumen namun Uma Devi sendiri memberikan dokumen transaksi enam akaun secara terperinci pada kira-kira pukul 9.50 malam iaitu 10 jam selepas serbuan selesai.


“Saya berada di bank berkenaan sampai pukul 11 malam kerana menunggu satu lagi pasukan selesai membuat serbuan di bangunan itu,” katanya ketika menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Saksi itu turut memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak menerima arahan untuk mendapatkan dokumen transaksi khusus lain atas nama Najib, SRC International Sdn Bhd dan beberapa syarikat lagi.


Harvinderjit: Dia berikan awak dokumen transaksi khusus yang awak tidak minta?


Azizul Adzani: Ya


Harvinderjit: Adakah kamu mendapat arahan untuk mendapatkan dokumen transaksi syarikat SRC International Sdn Bhd atau Gandingan Mentari dan Ehsan Perdana Sdn Bhd?


Azizul Adzani: Tidak


Harvinderjit: Adakah kamu menerima arahan untuk mendapatkan dokumen transaksi syarikat SRC International Sdn Bhd dengan akaun Najib?


Saksi menjawab “tidak.”


Harvinderjit: Semestinya kamu ada maklum kepada Uma Devi untuk mendapatkan dokumen transaksi spesifik?


Azizul Adzani: Tidak


Saksi itu berkata beliau hanya memberitahu Uma Devi supaya menyerahkan apa-apa dokumen berkaitan sekiranya ada, sebelum wanita tersebut menyerahkan dokumen transaksi enam akaun bank berkenaan.


Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


Anggota Parlimen Pekan itu, yang juga Perdana Menteri keenam, dituduh melakukan kesalahan-kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 10 Feb 2015.


Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.


– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here