Header Ads

Tidak adil! Najib tak puas hati dengan notis taksiran cukai


Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengakui bahawa beliau telah menerima notis takziran cukai yang tidak dijangkakan dan beliau tidak berpuas hati.

Loading...
“Kita akan minta kaji dan akan cari cara spesifik mengikut proses sebab pengiraan asas, definisi pendapatan yang dikira itu sangat menimbulkan tanda tanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, seperti dilapor portal Malaysiakini.
Najib berkata beliau tidak dapat berkongsi butiran notis berkenaan.
“Ia sedang disediakan, kami fikir ia tidak adil, kami akan cari macam mana yang boleh dibuat mengikut proses,” katanya.

Mengenai sama ada beliau akan mengotakan janji awalnya untuk menghasilkan bukti bahawa sebahagian daripada pendapatan itu membabitkan "sumbangan", Najib mengesahkannya.
Walau bagaimanapun, apabila disoal sebanyak dua kali sama ada notis taksiran cukai itu berjumlah RM1.5 bilion, seperti yang dilaporkan oleh The Edge Markets semalam, Najib tidak memberi sebarang jawapan.

No comments


Loading...