Header Ads

Tarikh keramat, Najib dibicara selepas genap 10 tahun angkat sumpah PM


Hari pertama perbicaraan Datuk Seri Najib Razak esok bagai ironi apabila genap 10 tahun beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Tarikh keramat itu dikongsikan muka depan akhbar bahasa Inggeris The Star hari ini, lapor Projek MM.


Loading...
Mengulas tarikh berkenaan, setiausaha politik Lim Kit Siang mengingatkan kuasa rakyat mampu menggulingkan pemimpin.

Syahredzan Johan dalam satu ciapan pagi ini berkata pendakwaan Najib harus menjadi ingatan kepada pemimpin sekarang dan masa depan.

Esok hari pertama perbicaraan kes Najib berhubung dana SRC International Sdn Bhd.

Tiga saksi dijangka memberi keterangan selepas Najib dikatakan melengahkan perbicaraan namun dihalang Mahkamah Persekutuan.

Najib didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


No comments


Loading...