Header Ads

Tabung Haji umum dividen 1.25% bagi 2018, paling rendah dalam sejarah


Tabung Haji hari ini mengumumkan hibah sebanyak 1.25% bagi tahun kewangan 2018.

Ia jauh lebih rendah berbanding 6.25% bagi 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof berkata dividen berjumlah RM913 juta akan memberi manfaat kepada hampir 9.3 juta pemegang akaun yang aktif, lapor FMT.

Loading...


“Bonus mengambil kira pembayaran zakat berjumlah RM86 juta,” katanya ketika mengumumkan Hibah TH 2018 hari ini.

TH menjalani penstrukturan kewangan pada Disember 2018, di mana ia memindahkan aset bernilai RM19.9 bilion kepada sebuah syarikat tujuan khas milik kerajaan.

Ia melaporkan lebihan aset RM1 bilion pada 2018 berbanding defisit RM4.1 bilion pada 2017.

“Rancangan penstrukturan yang diselsaikan dengan jayanya mencerminkan tekad kerajaan untuk selamatkan TH bagi melindungi kepentingan 9.3 juta pencarum,” kata Mujahid.

Beliau menambah kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta bagi 2020 dan RM1.73 bilion bagi setiap tahun seterusnya sehingga semua sukuk bawah rancangan penstrukturan ditebus.

“TH bermasalah kerana tadbir urus tidak baik dan salah urus sebelum ini. Manipulasi akaun dijalankan untuk mengagihkan dividen walaupun defisit semakin meningkat,” katanya.

Pencarum boleh menyemak baki akaun terkini bermula 8 April.

No comments


Loading...
loading...