Header Ads

SPRM tahan setiausaha politik terima jam tangan RM28,000


SPRM menahan seorang setiausaha politik kerana disyaki menerima suapan seutas jam tangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000, hari ini.

Menurut sumber, lelaki 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.


Loading...

Difahamkan siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek sebuah kementerian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek pagi esok di Mahkamah Majistret Putajaya, katanya lagi. - Malaysiakini

No comments


Loading...