Header Ads

Senarai ringkas pertuduhan terhadap Rosmah


KUALA LUMPUR, 10 April — Datin Seri Rosmah Mansor pagi ini didakwa lagi atas pertuduhan rasuah, kali ketiga terhadapnya.

Berikut senarai ringkas pertuduhan terdahulu terhadap isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak:

Loading...

4 Oktober 2018: Rosmah didakwa dengan 17 pertuduhan melibatkan wang haram

― Sebanyak 12 dakwaan berkaitan deposit haram RM7,097,750 melalui 235 transaksi ke akaun Affin Bank antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017.

― Lima lagi pertuduhan kerana gagal mengisytihar jumlah RM7,097,750 yang sama kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai cukai pendapatan.

Rosmah diikat jamin RM2 juta untuk kes ini. Tiada tarikh perbicaraan ditetapkan.


15 November 2018: Rosmah didakwa dua pertuduhan melibatkan rasuah

― Dituduh meminta RM187.5 juta (15 peratus daripada projek RM1.25 bilion) daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin antara Mac dan April 2016 sebagai dorongan mendapatkan projek.

Projek RM1.25 bilion adalah Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel.

― Dituduh menerima RM1.5 juta daripada Saidi Abang Samsuddin pada 7 September 2017 bagi membantu syarikat dapatkan projek RM1.25 bilion melalui rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Rosmah diikat jamin RM1 juta untuk kes ini. Tiada tarikh percubaan ditetapkan.

Hari ini, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meminta suapan RM5 juta melibatkan projek tenaga solar di Sarawak bawah Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009.

No comments


Loading...