Header Ads

Selangor batal arahan, langgan semula Utusan, BH


Kerajaan Selangor membatalkan arahan menghentikan langganan akhbar Kumpulan Utusan yang dibuat lebih 10 tahun lalu bagi semua agensi dan anak syarikat.

Pembatalan itu dimaklumkan melalui surat pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya pada 21 Mac lalu, atas persetujuan menteri besar, lapor Utusan Online.


Loading...

Surat pekeliling itu turut menarik balik arahan menghentikan langganan bagi akhbar Berita Harian.

“Surat hebahan SUK bil 40 tahun 2008 bertarikh 12 Jun 2008 dan surat pekeliling SUK bil 2 tahun 2017 bertarikh 9 November 2017 adalah dibatalkan,” kata surat itu.

No comments


Loading...