Header Ads

Saksi pertama dipanggil, pendakwa kata ada bukti Najib beli butik di Hawaii


Saksi pertama perbicaraan Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd dipanggil petang ini.

Muhamad Akmaludin Abdullah, 35, penolong pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia dipanggil pihak pendakwa pada jam 3.28 petang, lapor Utusan Online.


Loading...
Terdahulu, peguam negara Tommy Thomas berkata pihaknya akan membuktikan Najib menerima rasuah RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Beliau berkata wang hasil aktiviti haram didakwa digunakan untuk membeli butik mewah Chanel di Honolulu, Hawaii bernilai AS$130,625 (RM533,441).

Katanya, wang itu juga digunakan untuk mengubah suai kediaman Najib di Langgak Duta, Pekan, Pahang selain disalur ke akaun parti komponen Barisan Nasional.

Tommy berkata Najib memasukkan RM10 juta daripada akaun peribadinya ke akaun peribadi yang lain pada 10 Februari 2015, lapor BH Online.

Katanya, pihaknya juga akan membuktikan tertuduh mengeluarkan 15 cek peribadi daripada akaun beliau berjumlah RM10,776,514. - Projek MM

No comments


Loading...