Header Ads

Rosmah kemukakan sijil cuti sakit, kes projek solar ditangguh


Prosiding kes projek tenaga solar membabitkan Datin Sri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi ditangguh berikutan kerana tertuduh sakit.

Keputusan dibuat Hakim Collin Lawrence Sequerah hari ini berikutan peguam bela mengemukakan “sijil cuti sakit dan sijil tidak sihat” tertuduh, lapor Berita Harian.


Loading...
Pada 15 November lalu Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta.

Pertuduhan tersebut berkaitan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak dua tahun lalu.

Rosmah didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.


Jika disabitkan, Rosmah boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Isteri bekas perdana menteri diwakili Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh manakala timbalan pendakwa raya pula diwakili Datuk Dusuki Mokhtar. - Projek MM

No comments


Loading...