Header Ads

Ramai orang tahu pembangunan hab kapal dijohor, Tun M hairan TMJ tidak tahu

    Foto sumber internet

PUTRAJAYA, 2 Apr — Kerajaan negeri Johor dan pihak-pihak lain mengetahui mengenai pembangunan Hab Pemindahan Kapal ke Kapal (STS) di perairan negeri itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya beliau telah menemui Menteri Besar Datuk Osman Sapian semalam, yang membangkitkan soalan mengenai projek itu, yang dijangka menjadi hab STS terbesar di dunia.

Loading...

“Oleh itu, saya fikir beliau (Menteri Besar) tahu mengenai projek itu yang akan menguntungkan Malaysia. Saya tidak fikir ada orang yang mahu rugikan Malaysia dengan memihak kepada orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani antara KA Petra Sdn Bhd dan Hutchison Port Holdings Ltd di sini hari ini.

Di bawah perjanjian induk yang ditandatangani antara dua syarikat itu, KA Petra dan Hutchison akan membangunkan STS, dengan anggaran kos antara US$150 juta dan US$180 juta.

Dr Mahathir mengulas mengenai catatan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam media sosial semalam, yang menyatakan kerajaan Persekutuan tidak berunding dengan kerajaan negeri mengenai perkara itu, selain mengaitkan projek STS dengan pemimpin kerajaan dan kroni tertentu.


“Tengku Mahkota Johor tidak tahu mengenainya, walaupun berada dalam Johor, ramai orang Johor tahu (mengenai projek ini), saya hairan baginda tidak tahu.

“Semua orang di Malaysia (adalah) kroni saya, kerana saya bekerja untuk semua orang, termasuk orang Johor,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau ingin tahu sama ada kerajaan negeri Johor akan menolak projek STS, berikutan beliau tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripadanya.

Mengenai isu tuntutan pelabuhan yang bertindih oleh Malaysia dan Singapura, Dr Mahathir menjelaskan projek STS telah dimaklumkan kepada republik itu, dan lokasinya dalam perairan Malaysia.

Sementara itu, KA Petra akan mempunyai kepentingan sebanyak 70 peratus dalam projek itu, dengan Hutchison memiliki kepentingan strategik sebanyak 30 peratus.

Pembinaan hab STS di kawasan seluas 1,214.06 hektar itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan permulaan pembinaan dijangka dalam tempoh 12 bulan akan datang.

STS tersebut akan mempunyai kapasiti untuk menyimpan sembilan juta tan metrik produk petroleum. — Bernama

No comments


Loading...