"Saya selaku Pengerusi SPR, dengan rendah diri memohon maaf kepada pengundi negeri Kelantan berhubung kenyataan yang disiarkan oleh pihak media berkaitan dengan isu melibatkan 'pengundi di luar negeri Kelantan.


"Saya akan memberikan perkhidmatan mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan urusan pilihan raya dilaksanakan dengan bersih, telus, adil dan berintegriti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang dikenali sebagai Art Harun  didakwa membuat kenyataan yang menyentuh dan mengguris perasaan rakyat dan pengundi Kelantan yang berada di luar negeri tersebut baru-baru ini. - Bernama