Header Ads

Peguam Najib fail notis penangguhan, hakim arahkan terus bicara

    Foto oleh mukhriz hazim

KUALA LUMPUR, 3 April — Peguam Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini untuk menangguhkan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Loading...

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang pihaknya sudah memfailkan notis usul penangguhan tersebut, lapor BH Online.

Namun, peguam negara Tommy Thomas berkata pihak pembelaan berbuat demikian pada saat akhir sebagai usaha untuk melengahkan perbicaraan.


Mohd Nazlan kemudian menetapkan tarikh lain untuk mendengar usul berkenaan dan beliau mengarahkan supaya perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International dimulakan hari ini.

No comments


Loading...