Header Ads

PAS tak setuju siaran langsung kes Najib

Foto oleh TMI

Pas tidak bersetuju dengan cadangan supaya kes perbicaraan mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disiarkan secara langsung.

Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, adalah lebih baik sekiranya perbicaraan itu dijalankan seperti kebiasaan iaitu secara tertutup, lapor Utusan online.


Loading...
Menurutnya, apa yang lebih penting adalah perbicaraan itu memberi keadilan kepada semua pihak.

“Bagi saya sepatutnya berjalan secara tertutup sebagaimana biasa. Yang penting keadilan kepada semua pihak.

“Perbicaraan secara langsung hanya akan mendedahkan kepada pelbagai ulasan, tohmahan dan spekulasi.

“Ia akan mengganggu prosiding mahkamah dan akan mendedahkan kepada pelbagai kesalahan perundangan,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini.

Beberapa pihak sebelum ini terutamanya yang menentang Najib menggesa agar perbicaraan kes beliau disiarkan secara langsung.

Mahkamah Tinggi di sini pada 28 Mac lalu menetapkan 3 April ini untuk perbicaraan tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri tersebut.

No comments


Loading...