Header Ads

Najib mangsa konspirasi Jho Low, kata Peguam


Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa anak guamnya Datuk Seri Najib Razak merupakan mangsa konspirasi ahli perniagaan Low Taek Jho.

“Kami tahu anak guam kami (Najib) tidak bersalah kerana dia adalah mangsa. Saya berani beritahu anda bahawa dia mangsa konspirasi Jho Low dan konco-konconya,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

“Jadi beri dia peluang. Perlu bukti dia sebahagian konspirasi Jho Low.”

Loading...

Hari ini merupakan hari keempat perbicaraan Najib yang menghadapi pertuduhan pecah amanah membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


Sebelum itu semasa perbicaraan kes rasuah Najib melibatkan wang berjumlah RM42 juta dalam akaun bank peribadinya, pihak pembelaan meminta rekod komunikasi antara Jho Low dan pegawai AmBank, Joanna Yu Ging Ping yang telah dirampas oleh pegawai penyiasat dari Bank Negara Malaysia (BNM).

"Komunikasi itu akan menunjukkan sama ada Najib bersubahat dalam jenayah itu ataupun tidak,"

"Dia telah diperdaya. Dia adalah mangsa dan bukan seorang tertuduh," kata Muhammad Shafee lagi merujuk kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, transkrip komunikasi itu akan mendedahkan sekiranya Najib terlibat dengan arahan-arahan transaksi bank melibatkan akaun-akaun di AmBank dan sumber duit itu.

"Jika dia bukan sebahagian darinya, dia tidak terlibat, bagaimana anda boleh kata sama ada dia tahu tentang sumber duit itu?"

"Sebab itulah kami mahu komunikasi itu," katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Najib sudah berbelanja menggunakan duit RM42 juta yang diterima dalam akaun peribadinya itu.

Antara perbelanjaan yang direkodkan ialah, mengubah suai kediamannya di Langgak Duta, dana untuk kempen politik BN, dan berbelanja di Hawaii sehingga RM500,000.

Selain itu Najib juga dilaporkan telah memindahkan sebanyak RM10 juta dari wang itu, kedalam sebuah lagi akaun peribadinya yang lain.

Di bawah ini butiran tersebut dalam bentuk infografik yang disediakan oleh sumber berita Sinar Harian.



Loading...