Header Ads

Najib kelihatan tenang, berdoa sebelum masuki mahkamah


Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini untuk perbicaraan kes dana SRC International Sdn Bhd.

Berpakaian biru gelap dan ditemani anaknya Ashman, bekas perdana menteri dilihat menadah tangan dipercayai berdoa sebaik tiba jam 1.55 petang sebelum memasuki kamar mahkamah.


Loading...

Najib juga kelihatan tenang sekalipun berdepan limpahan lampu kamera jurugambar media. Beliau juga tidak melayan teriakan "Datuk Seri, Datuk Seri" di kiri dan kanannya, lapor Projek MM.

Peguam negara Tommy Thomas mengetuai 11 peguam lain pada hari pertama perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta bekas anak syarikat 1Malaysia Development (1MDB).

Antara individu dalam pasukan tersebut adalah Datuk Sulaiman Abdullah, Datuk V. Sithambaram dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara Manoj Kurup.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula mengetuai 10 pasukan peguam bela bekas perdana menteri termasuk Harvinderjit Singh.

Peguam pemerhati dari Majlis Peguam ialah Rajsurian Pillai dan AG Kalidas


Ratusan pengamal media tempatan mahupun luar negara turut memenuhi lobi kompleks mahkamah itu bagi membuat liputan kes berkenaan sejak tengah hari.


Najib berdepan perbicaraan untuk tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dana RM42 juta SRC.

SRC ialah bekas anak syarikat syarikat pelaburan negara sarat hutang 1MDB.

Ahli politik 65 tahun itu sebelum itu turut menjadi menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC.

Beliau turut berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM42 kita.

Kes itu akan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Perbicaraan dijadual berlangsung awal petang ini dengan Peguan Negara Tommy Thomas dijangka menyampaikan kenyataan pembukaan.

No comments


Loading...