Header Ads

Najib didakwa keluarkan 15 cek berjumlah RM10 juta


Peguam Negara Tommy Thomas dalam pernyataan pembukaan, berkata pendakwaan akan membuktikan Datuk Seri Najib Razak pada 10 Februari 2015 memasukkan RM10 juta iaitu wang daripada hasil aktiviti haram daripada akaun peribadinya ke akaun peribadi yang lain.

Loading...
Tommy berkata, pendakwaan akan membuktikan bahawa Najib mengeluarkan sejumlah 15 cek peribadi daripada akaun beliau berjumlah RM10,776,514.00
Katanya, akan dibuktikan juga bahawa pada Disember 2014, kredit kad Najib dicaj sebanyak AS$130,625 bagi perbelanjaan di butik Chanel di Honolulu Amerika Syarikat.

Turut akan dibuktikan, bahawa cek peribadi yang digunakan antara lain bagi pembayaran kerja pengubahsuaian rumah beliau di Langgak Duta dan di Pelan Pahang serta kepada parti politik komponen BN. - Berita Harian

No comments


Loading...