Header Ads

Najib dicabar berbahas dalam parlimen, bukan dalam facebook

    Foto sumber internet

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar untuk membahaskan Kertas Putih FELDA yang mendedahkan kecurangan bekas pengurusan agensi itu di Parlimen, hari ini.


Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Najib tidak boleh berselindung di sebalik papan kekunci dan berhujah menerusi Facebook semata-mata kerana beliau adalah Ahli Parlimen Pekan.


Loading...

Beliau menegaskan, akan menjawab segala hujah Najib ketika menggulung perbahasan Kertas Putih FELDA petang ini, sekiranya bekas Menteri Kewangan itu tampil berbahas di Dewan Rakyat.


“Biar dia datang berbahas di Dewan Rakyat, dan saya akan jawab (hujah Najib).


“Jangan gunakan Facebook (untuk berhujah). Dia Ahli Parlimen, kena duduk dalam Parlimen. Dia bukan Ahli Facebook atau Ahli Twitter.



“Suruh dia datang ke Parlimen, dan petang ini saya akan memberi jawapan kepada Najib,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib di Facebook miliknya hari ini, yang mempertahankan tindakan FELDA membeli 37 peratus pegangan dalam PT Eagle High Plantations Tbk (Eagle High) ketika pentadbirannya, kerana wujud opsyen jual dalam perjanjian urus niaga terbabit.


Terdahulu, ketika membentangkan Kertas Putih FELDA di Dewan Rakyat, Mohamed Azmin antara lain mendedahkan Najib selaku Menteri Kewangan terbabit dalam meluluskan, malah mengarahkan untuk dipercepatkan proses perolehan Eagle High daripada Rajawali Capital International yang dimiliki Peter Sondakh.

No comments


Loading...