Header Ads

Muhyiddin: Boleh cabar presiden lepas Bersatu pinda perlembagaan


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan meminda perlembagaan untuk membenarkan lebih banyak pertandingan melibatkan jawatan tertinggi parti, kata presidennya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata hal ini hanya akan dibentangkan pada Mei depan yang turut melibatkan jawatannya, lapor Projek MM.


Loading...

Jelasnya, parti itu merancang untuk membenarkan pemimpin kanan dicabar oleh mereka yang telah menjadi ahli dalam tempoh masa yang dikehendaki.

“Perkara penting sekarang ialah pindaan perlembagaan parti. Kalau sesiapa yang ingin bersaing untuk mana-mana kedudukan, seperti yang kita demokrasi, boleh berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga pindaan itu berlaku, beliau berkata jawatan pimpinan tertinggi tidak boleh dipertandingkan.

No comments


Loading...