Header Ads

Menteri harap china beli lebih banyak minyak sawit

   Foto sumber internet 

KUALA LUMPUR, 13 April — Kementerian Industri Utama berharap Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diumumkan disambung semula, akan mengutamakan penggunaan bahan mentah tempatan dalam pelbagai aspek pembangunannya.

Menterinya, Teresa Kok Suh Sim dalam satu kenyataan semalam berkata, terdapat banyak bahan mentah termasuk hasil getah Malaysia yang boleh dimanfaatkan bagi pembinaan landasan serta penghasilan bering seismik.

Loading...

"Pada masa sama, kayu-kayan Malaysia juga sesuai untuk dijadikan sebagai rangka asas landasan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam bahawa projek ECRL itu akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) di Beijing.

Mengulas selanjutnya, Kok berkata menerusi perkembangan terbaru itu, kementerian berharap China akan turut membuat lebih banyak kotmimen bagi membeli komoditi Malaysia, terutamanya minyak sawit dan getah.


Ini berikutan kedudukan China yang sentiasa menjadi rakan dagang penting untuk Malaysia serta berperanan sebagai pasaran eksport ketiga terbesar bagi komoditi minyak sawit negara ini.

“Kita juga mengharapkan rundingan dua hala kedua-dua negara dapat terus diperkukuh menerusi pemeteraian perjanjian tambahan membabitkan ECRL itu," katanya. — Bernama

No comments


Loading...
loading...