Header Ads

MB johor sah letak jawatan, penganti harus dalam kalangan ahli Bersatu

  foto sumber internet 

KUALA LUMPUR, 9 April — Datuk Osman Sapian meletak jawatan selepas 11 bulan dilantik menteri besar Johor.

Peletakan jawatan itu diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media di Dewan Rakyat petang ini.

Loading...

Perdana menteri berkata Osman menyerahkan surat peletakan jawatannya semalam ketika mengadakan pertemuan di Putrajaya.

Katanya, buat masa ini Johor tidak mempunyai menteri besar sehinggalah penggantinya dinamakan.

‘Kami menyenarai pendek tiga ke empat nama untuk pengganti jawatan itu,” katanya.


Dr Mahathir berkata pengganti Osman mesti daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, keputusan itu sudah dimuktamadkan sebagaimana perjanjian dalam Pakatan Harapan.

No comments


Loading...
loading...