Header Ads

Mat Sabu serahkan kepada polis atas penahanan anaknya

   Foto sumber internet 

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyerahkan tindakan penahanan anaknya yang didapati positif dadah untuk diadili oleh undang-undang.

Presiden Amanah itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut kes yang membabitkan anaknya.

Loading...

“Saya serahkan kepada pihak pengamal undang-undang. No komen, tak komen apa-apa,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis pada 4 April lalu memaklumkan kes anak menteri yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Kata kenyataan itu, laporan patologi telah diterima oleh pihak polis dan kertas siasatan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.


Soalan nombor 24 itu sepatutnya ditanya oleh Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mempersoalkan kenapa ujian air kencing anak menteri PH mengambil masa yang lama.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan tersebut menjelaskan bahawa polis mempunyai SOP Arahan Pentadbiran yang khusus dalam pengendalian pengambilan sampel air kencing terhadap individu yang disyaki positif dadah.

Arahan berkenaan termasuklah yang terkandung dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN), Bahagian F103 (Tatacara Pengambilan Air Kencing dan Penguatkuasaannya di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Akta 284).

"Bagi kes anak menteri yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, laporan patologi telah diterima oleh PDRM," katanya.

No comments


Loading...