Header Ads

Laporan audit LTAT 2018 satu pembohongan, dakwa Mohamad Sabu


Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendakwa laporan audit yang diisytihar ke atas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada tahun 2018 adalah satu pembohongan.

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut menjangkakan laporan audit khas LTAT akan diisytiharkan dalam masa terdekat, lapor Astro Awani.


Loading...

“Audit yang diisytihar tahun 2018 dulu bohong.  Siapa dalam tabung angkatan tentera? Melayu ke Cina? Siapa curi? Siapa tipu? Ini kamu curi, kamu rompak, kamu tuduh Cina.

“Sampai bila nak main politik macam tu? Macam kita tak ada maruah nak bela Melayu,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Kampung Mambau, Negeri Sembilan.

Sebelum itu dalam ucapannya, Mohamad turut menyatakan pergolakan yang berlaku dalam institusi kewangan, Tabung Haji sebelum ini.

“Tabung Haji sebelum ini diselamatkan oleh perbadanan kewangan. Itu baru Tabung Haji.

“Tak lama lagi tabung angkatan tentera pula yang akan diisytihar,” jelasnya.

Terdahulu pada Mac lepas, Mohamad berkata, pengumuman dividen LTAT masih belum dibuat kerana terdapatnya masalah pentadbiran daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Pengumuman tersebut juga akan mengambil masa selepas menerima beberapa teguran sebaik sahaja proses audit dijalankan.

No comments


Loading...