Lan Pet Pet mahu jumpa Pak Ya minta maaf

0
44
Foto ihsan Instagram/Ruby Che Wan

Pelawak Mazlan Ahmad merancang bertemu dan memohon maaf
kepada pengawal keselamatan yang dibelasahnya pada 6 April lalu.
“Saya merancang untuk bertemu pakcik itu (pengawal
keselamatan) untuk menziarahinya,” kata artis dikenali Lan Pet Pet seperti
dilapor Harian Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada pertemuan secara tertutup, saya akan mengakui
kesilapan diri dan meminta maaf di hadapannya,” kata selebriti berasal dari
Kedah.
Mengakui menghormati orang tua, Mazlan tidak pasti mengapa
beliau memukul Yahya Manap dekat pondok keselamatan Acacia Park Desa Jati,
Nilai.
“Saya mungkin hilang pertimbangan pada malam itu kerana
ditekan dan provokasi,” katanya yang didenda RM2,000 oleh mahkamah majistret
semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mazlan mengaku bersalah dan insaf atas tindakan beliau
selepas dituduh bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan
kecederaan.
Sementara itu, Yahya atau mesra disapa “Pak Ya”, bertegas untuk
mengambil tindakan undang-undang kepada Mazlan walau sedia memaafkan artis itu.
“Saya sedia memaafkan Mazlan tetapi hal membabitkan saman
tetap diteruskan. Maruah saya sudah tercemar, rasa terhina, trauma dan malu
kepada orang ramai,” katanya.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here