Header Ads

Kemasukan Bersatu ke sabah dapat sambutan luar biasa

   Foto oleh Bernama

PENAMPANG - Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melebarkan sayap seterusnya bertapak di Sabah adalah tepat berikutan sambutan luar biasa rakyatnya dalam menerima penubuhan Bersatu di negeri itu, kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, perhimpunan penyokong Bersatu Sabah dengan memakai baju berwarna merah pada majlis pelancaran penubuhan Bersatu di negeri itu pada hari ini adalah terbesar yang pernah dilihat sejak parti berkenaan ditubuhkan lebih kurang dua tahun lalu.

Loading...

Kedatangan Bersatu ke Sabah adalah atas permintaan rakyat Sabah sendiri dan sebagai menghormati permintaan itu, kepimpinan Bersatu berbincang dengan rakan di Sabah termasuk pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan akhirnya (kami) memutuskan Bersatu ditubuhkan di Sabah.

Kemasukan Bersatu ke Sabah adalah untuk mengukuhkan lagi kepimpinan kerajaan yang ada di Sabah sama ada dipimpin oleh Presiden Warisan (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) dan didukung bersama oleh pimpinan Pakatan Harapan di Sabah.

Pastinya penubuhan Bersatu di Sabah, kedudukan politik Sabah bukan sahaja harus kukuh tetapi stabil dan kekuatan itu akan dapat menentukan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada bekerja rapat dengan kerajaan Pusat sekali gus Sabah akan terus kekal maju di masa depan,” katanya berucap pada majlis itu, di sini.


Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu dihadiri oleh kira-kira 30,000 penyokong Bersatu Sabah.

Muhyiddin mahu rakyat Sabah yang menjadi ahli Bersatu menghayati semangat perjuangan parti dalam menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran bagi terus memastikan Malaysia menjadi sebuah negara berintegriti, bermaruah dan dihormati.

Beliau juga mahu semangat perjuangan parti itu dapat dirasai oleh seluruh pelosok kampung di Sabah selain yakin hak dan kedudukan Bumiputera di negeri itu akan terus terjamin tanpa menjejaskan hak-hak kaum lain yang ada di Malaysia.

Bersatu bukan UMNO2.0... Bersatu ialah Bersatu. Kita telah tinggalkan perjuangan lampau dan kita berhijrah.

Dukungan saudara untuk bersama-sama dalam perjuangan Bersatu adalah satu pilihan amat baik yang harusnya memberikan kita banyak manfaat untuk masa kini dan masa depan,; katanya. - Bernama

No comments


Loading...