Header Ads

Kelantan benarkan gambar Agong, permaisuri


Gambar Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kini boleh digantung di dalam premis kerajaan negeri dan persekutan di Kelantan, lapor sebuah portal berita.
Kebenaran itu adalah tambahan kepada empat gambar rasmi yang diizin dipaparkan dalam bangunan kerajaan sebelum ini.

Loading...
Arahan itu, lapor Sinar Online, dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan hari ini.
Menurut portal berkenaan surat berkenaan bertarikh 4 April 2019 dan ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri, Adnan Hussin.
“Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut dan Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2019 adalah dipinda sebagaimana berikut.

“Hanya gambar-gambar yang sebagaimana tersenarai di atas hendaklah dipamerkan di semua premis kerajaan negeri dan persekutuan di Kelantan,” kata surat berkenaan.
Sebelum ini sekeping surat menyenaraikan gambar yang dibenarkan digantung dalam bangunan kerajaan menjadi tular dan menarik perhatian ramai.
Surat tersebut - bertarikh 1 Apri - menyenaraikan gambar yang boleh digantung iaitu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra; Sultan Ismail Petra dan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob.
Petang tadi Bernama memetik Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah sebagai berkata surat tersebut dikeluarkan pejabat SUK Kelantan.
“Ini yang saya faham daripada surat yang dikeluarkan pejabat SUK Isnin lepas. Lain daripada itu saya tidak tahu, bergantung kepada pejabat kerajaan Persekutuan. Saya nak tafsir pun tidak pandai... sebab itu kena rujuk kepada orang yang buat surat kerana dia yang lebih tahu pasal kandungan surat itu,” katanya. - Malaysiakini

No comments


Loading...