Header Ads

Jho Low bergerak bebas di China

  Foto ihsan Facebook 

KUALA LUMPUR, 12 April  — Hartawan kini pelarian dikehendaki berkaitan skandal skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek Jho kini dipercayai berada di China.

Menurut Sin Chew Daily, Low,  atau panggilan Jho Low baru-baru ini dikesan bergerak bebas di Hong Kong, Macau, Shanghai, Shenzhen, Beijing, dan di Hainan, China.

Loading...

Sumber akhbar itu berkata, polis Malaysia masih berkerjasama dengan pihak berkuasa China untuk mengesan Jho Low, tetapi memaklumkan bahawa China tidak mengetahui lokasi individu tersebut.

Jho Low juga mendapat kad pemastautin Hong Kong dan tinggal di kediaman mewah, malah syarikatnya di bandar itu masih beroperasi, lapor akhbar itu lagi.

Laporan itu menyebut perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan membuat lawatan ke Beijing hujung bulan ini dipercayai akan meminta bantuan China mencari Jho Low.


Malaysia pada 15 Jun tahun lalu membatalkan pasport beliau, manakala negara kepulauan St Kitts & Nevis pula dilapor turut berbuat demikian.

No comments


Loading...