Header Ads

Jangan terlalu teruja dipuji lebih baik dari Najib

   Foto sumber internet 

KUALA LUMPUR, 9 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya tidak “terlalu teruja” dengan pujian perdana menteri yang menganggapnya lebih baik berbanding Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Zaid Ibrahim berkata ramai pemimpin yang dilabel Tun Dr Mahathir Mohamad lebih baik daripada yang lain tapi sebaliknya berlaku.

Loading...

“Mula-mula Anwar lebih baik berbanding (Tun) Ghafar (Baba), ia tidak menyelamatkan Anwar. Kemudian Najib lebih baik berbanding Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), ia juga tidak menyelamatkan Najib,” tulisnya di Twitter malam tadi.

“Kini Anwar lebih baik berbanding Najib. Saya rasa Anwar jangan terlalu teruja sangat. Masa masih panjang.”

Kelmarin, Mahathir menyatakan bekas presiden Umno merupakan pemimpin yang teruk berbanding Anwar.


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata  Anwar lebih diterima daripada membiarkan Najib terus berkuasa, sebab itu beliau bekerja dengan presiden PKR.

No comments


Loading...